DITUJU KHAS BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG DISAYANGI.... Dalam dunia ini kita tidak punya siapa,Kecuali diri sendiri. Tetapi..dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana... Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia...Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kita tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk dia menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu adalah alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar lu...