Notes for Injector
TUJUAN :
Injector ialah bahagian yang penting dalam sistem bahan api. Ia berfungsi menghalang bahan api dari menyembur pada masa yang tidak dikehendaki.
FUNGSI :
Tujuan Injector Dipasang Pada Enjin Diesel Ialah Untuk :
1. Untuk menahan satu tekanan yang tinggi masuk ke dalam ruang pembakaran (combustion chamber) sehingga mencapai ke had tekanan yang dikehendaki.
2. Memancitkan bahan api dalam bentuk semburan yang halus dan kabus ke ruang pembakaran. Gambar rajah 1 menunujukkan kedudukan atau lokasi injector dipasangkan pada enjin. Nozzle holder dihubungkan pada union (flare nut) dengan disambungkan “High Pressure Pipe” ke fuel injection pump. Satu lubang laluan ditebok ke dalam nozzle body dimana ia digabungkan dengan lubang laluan pada nozzle dengan cara disebut “Ground – and – Lapped”. Ini bermaksud, permukaan atas nozzle valve ditemukan dengan permukaan bawah nozzle body.
Injector terbahagi kepada dua jenis yang besar iaitu :
i. C.A.V. Injector
ii. GARDNER SPRAYER
C.A.V. INJECTOR
Terdiri dari dua bahagian yang besar. Satu bahagian badan dan satu lagi needle dan nozzle. Diantara badan dan nozzle adalah terlalu rapat (mated fit). Apabila diikat oleh cap nut, ia akan menjadi “Fuel Tight Joints”. Needlenya (jarum) boleh terangkat dari seatnya sejauh 0.004” – 0.008” dan dihadkan oleh hujung badan. Injector mempunyai satu spring yang ketegangannya boleh dibeza-bezakan dan dihujungnya terdapat push rod serta adjusting screw (skru pelaras) untuk melaraskan tekanan athmospheric. Sudut needle dan nozzlenya ialah 60° dan 59° 27’ untuk mendapatkan jarak sehelai rambut (hair setting line). Contoh enjin yang menggunakan injector jenis ini ialah enjin David Brown.
cav injector dan GRANDNER SPRAYER adalah dua jenis apa?
BalasPadam2 jenis injector
Padamsy semalam ada service nozzle test..mula2 abis pasang ok..start ok..sampai rmh tiba2 enjin bergetar
BalasPadam