Notes for wheel

Fungsi roda ialah

1.         Menyokong berat kenderaan.
2.         Memindahkan daya kilas memacu dan membrek.
3.         Merintang tujah sisi semasa membelok.
4.         Memudahkan tayar diimbangkan samada secara statik atau dinamik.

JENIS – JENIS RODA

1.         Roda keluli tertekan.

Roda ini ialah jenis yang paling banyak digunakan pada kenderaan. Ia mengandungi cakera keluli tertekan atau terhentak yang dikimpal kepada rim bulat luaran. Rim mempunyai bahagian tengah yang menurun atau telaga yang membenarkan tayar dikeluarkan dan dipasang dengan mudah. Ia juga mempunyai bonggol keselamatan untuk menempatkan kumai tayar, bonggol keselamatan ini akan memastikan bahawa kumai tayar tidak bergerak dalam arah sisi apabila tayar kurang kembung . Rim juga mempunyai lubang untuk menempatkan injap tayar.

Cakera keluli pula mempunyai lubang ditengah – tengahnya, untuk membenarkan roda dipasang ke atas pemasangan hab. Empat atau lima lubang tirus dijarakkan sama jauh disekeliling cakera, dimana nat cagakkan tirus menengahkan roda diatas pemasangan hab.

Terdapat juga lekah atau lubang yang dipotong pada cakera yang berdekatan dengan rim, dengan tujuan untuk membenarkan udara beredar untuk mendinginkan pemasangan gelendong brek atau cakera brek.

roda jenis tertekan

2.         Roda jenis jejari.
Roda jenis ini biasanya digunakan pada kereta lumba atau motorsikal. Ia adalah kuat tetapi ringan. Ia hanya mempunyai satu nat kunci, dariitu roda dapat ditukar dengan cepat.

 roda jenis jejari
3.         Roda Aloi.
Roda jenis ini dibina melalui proses tuangan, ia diperbuat daripada aloi alumunium dan magnesium. Ianya adalah ringan dan kuat. 


roda ALOI

Saiz roda

Roda biasanya dikenali melalui tiga ukuran iaitu:
1. Lebar rim.
2. Tinggi bebibir.
3. Garispusat rim roda.

Tanda pengenalan biasanya dicop pada rim roda. Tandaan lazim seperti 6JJ x 14 merujuk kepada:
6 – 6 inci lebar rim roda
JJ –  tinggi bebibir
14 – 14 inci garispusat roda

Nota:
Tinggi bebibir boleh dikenal pasti melalui huruf – huruf (J,K,JJ,dsb.). Huruf – huruf ini merujuk kepada tinggi tertentu, contohnya, bebibir rim ‘K’ ialah setinggi 0.77 inci.


SOALAN :

1.     Namakan tiga jenis roda yang sering digunakan pada kenderaan moden?

2.     Apakah fungsi roda kenderaan?

3.    Bagaimanakah cara untuk menentukan saiz roda yang sesuai?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Notes for Injector

coretan 2011 @Jabatan Automotif IKMKK